Assamualaikum…ok! Saya nak meluahkan
perasaan yang terbuku dalam hati…
Utk permulaan nak cerita la dulu pasal
ibu saya nie…ok..ibu saya merupakan seorang ibu tunggal ya…berpisah pada thn
2002 ketika itu umur saya 13thn (tingkatan 1)…berpisah kerana abah saya masih
tergila-gila pada janda yang saya kira janda taraf antarabangsa la….antarabangsa
la sangat kalau dah berbelas-belas lelaki....janda yang bukan banyak harta
jauh sekali kaya “didikan agama”….
Ok! Bermula saat itu…ibu la yang banyak
berkorban untuk saya sehingga saya berjaya dalam pelajaran dan dpt buktikan
pada abah saya…ketiadaan dia pun ibu mampu memberikan saya didikan agama,
didikan pelajaran yang mencukupi…..alhamdulillah! bayanglah dgn kudrat pada
seorang wanita yang bergelar ibu tunggal mcm ne…itupun nasib baik ada kedai
kopi yang diusahakan ibu saya…berniaga nasi dan minuman di waktu petang boleh
la nak hidup kami dua beranak…dan nasib baik jugak adik beradik ibu saya (bapa2 saudara dan ibu2 saudara) banyak
membantu kami…hulurkan jugak wang bila tiba musim raya…mereka sedekah utk
kami…saya pulak diberikan duit raya….
Hendak dijadikan kisah..tahun 2007…umur
saya 18thn…selepas SPM…saya dapat tawaran sambung pengajian di politeknik…nasib
baik jugak ibu saya ada simpanan dlm ASB dan seluruh perbelanjaan pengajian
dari saya ditanggung jugak oleh bapa saudara saya….dan berbalik
kisahnya…sebulan selepas saya di perlis…ibu saya di “offer” utk jadi tukang
masak orang banduan lokap polis…hanya bergaji RM 400 sebulan…bolehla ibu saya
nak teruskan hidup dia…walaupun kdg2 tidak mencukupi…serius saya ckp….saya
tidak mewah seperti orang lain…bersederhana sangat. Bayangkan sepanjang tempoh
saya dok mengaji saya hanya harapkan 100% bantuan KPTM (untuk peringkat Sijil
dan PTPTN utk Diploma) ibu saya tidak bagi pun duit pada saya…bukan tidak bagi
langsung…tapi saya merasa la jugak bila saya balik cuti semester je…! Dpt dalam
RM 200 je….sedih sangat…sebab saya sedih kalau orang lain tentu lbh pada nie
dapat…ya la…mak ayah ada…adik beradik lagi…sedangkan saya hanya anak tunggal ok
! nak buat mcm ne dah itu Tuhan aturkan dalam hidup saya….
Dari tahun ke tahun masuk thn nie 2012
sudah 5 tahun ibu saya dok jadi tukang masak banduan lokap polis…sepanjang
menjadi tukang masak…ibu saya tidak pernah hidup senang seperti orang
lain…kerja sebagai tukang masak bertugas sepanjang masa, 3 kali sehari…jam 4-5
pagi sudah bangun dari tidur…itu tidak kira lagi bulan puasa…dekat sahur baru
nak lelapkan mata! Cuti… jauh sekali nak dapat…ada ada saja alasan yang
diberikan oleh majikan dia kalau nak mintak cuti hatta cuti konvokesyen saya
pun !… itu lah yang buat saya mahupun ibu saya panas hati sangat….
Pendekan cerita 2 hari lepas…
15/4/2012 – di kala senja…dtg la dia Big
Bos my mum…datang seolah olah merayu nak minta tlg sangat jgn cuti! Walaupun
kami dh bagitau awal awal tentang kami nak turun ke JB…utk konvokesyen saya…tak
ke angin satu badan…! BOS nie..memang melampau sangat…bila dia susah dia datang
cari ibu saya…tapi bila dia senang jumpa selisih kat mana mana pun takada nya nak senyum @ nak tegur kami nie
yang jadi kuli dia nie ! saya tahu Tuhan sedang menguji kami dan Dia juga
sedang menguji BOS itu…mana tidaknya….pada kami Dia bagi susah dahulu…pada BOS
tu kaya dulu. Dengan mcm mcm tender dia dapat beribu ribu untung sampai boleh
pergi buat umrah lagi…tapi sekaya kaya dia masih lagi ada hutang dengan orang
lain…nie…mengikut cerita dari orang yang BOS nie berhutang….lepas tu…Tuhan pun
uji lagi mereka sekeluarga dengan anak lelakinya meninggal kerana dadah…tpi dok
ckp kat orang sakit bengkak hati…dah tu pulak anak bongsu dia sekarang pun dh
ikut jejak langkah abgnya..megah dgn pil kudanya… kesimpulannya…demi Allah saya
teramat amat geram sangat dengan mereka…sudah lah kedekut gaji ibu saya tidak
pernah nak dinaikan sedangkan sudah berapa tahun dia dok mkn gaji dgn depa nie
!
Ermmm,,kalau nak luahkan memangla banyak
sangat…tapi sekarang nie saya tidak mahu lagi nak meluahkan ..saya kena berhati
hati dengan luahan ini bimbang nati ada pulak yang terasa hati….apapun itulah
lumrah kehidupan kita sebagai manusia….penuh dengan dugaan…dan menjadi rahsia
Allah…harapan saya moga moga cepat la saya dapat tawaran kerja yang lebih elok
lagi dari sekarang…dpt menjamin kehidupan kami berdua….semoga ada sinar yang
akan menyinari hidup kami agar tidak terus tindas, dihina, di pandang rendah
dan seumpama dgn nya….
“ ya Allah ya Tuhan ku….hambamu ini bermohon agar
Engkau tamatkanlah penderitaan kami ini…dengarkanlah rintihan kami ini yang
lemah lagi Daif….limpahkanlah rezeki kpd kami…agar kami dapat meneruskan ibadah
kami menuju jalanMu…ya Allah…berikanlah kpd kami segala nikmat kurniaan Mu
seperti Kamu kurnia kepada hambaMu yang lain…izinkanlah kami merasai kesenangan
hidup seperti insan yang lain….ya Allah makbulkanlah doa hambamu
ini…perkenankanlah doa kami nie…amin ya rabbal a’lamin”….