Thursday, April 25, 2013
16/4/2013 (Selasa) –
tarikh yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Pada tarikh ini aku
diduga. Hanya allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika
itu..Perjalanannya begini…
Hari ini merupakan
hari last aku kena buat persiapan untuk menghadiri temuduga pada hari rabu
17/4/2013..k!sewaktu selesai kerja rumah, pertama kali adalah aku on
lappy…sambil tu kemas apa yang patut, atas meja. Kendian aku carilah pendrive
yang aku simpan dalam beg khas utk dia dan handset. Last-last cari punya cari
tak jumpa…merata tempat cari tak jumpa-jumpa jugak…aku dah berdebar dah kot-kot
jatuh dijalan..sebab aku dah bawa merata semalam….
Wa…aku menangis teresak-esak okey…sedih yang amat tahu tak..mana tidaknya data-data …dalam pendrive tu macam-macam yang ada…gambar aku,gambar family, resume, borang kerja dan assignment time study dulu semua dok dalam tu. Habis rumah aku cari benda alah tu..tak jumpa…muka dah sembab, mata bengkak, hidung berhingus… rasa nak pengsan tau… dah la esok dah nak pi interview, mana nak buat dah tak tahu apa,, resume belum print, study point-poit penting pun belum..aku rugi masa disitu… L
Pabila kehabisan idea,, call kat mak saudara aku, dia tak angkat, call kat laki dia pun tak angkat…call kat sepupu aku pun tak angkat, sepupu seorang lagi takda kat rumah dok kat rumah mertua…semata-mata nak pinjam pendrive diaorang dan nak copy format resume….aku menangis tak terhenti tau…memikirkan tentang pendrive yang satu itu…. Dan secara kebetulan family aku ada kenal orang yang boleh pantau kes macam gini..aku call kat dia…tapi sayang…dia tak boleh bagitahu dengan segera..kena tunggu jam 1.00 tenghri..sebab aku call tu dia tengah kerja….kecewa lagi disitu…hati risau, fikiran dah kusut…sampai sakit kepala aku dibuatnya….
Bila sudah reda, aku ajak Ma..pi pasar dah dia cakap nak pi beli lauk…aku turut jugak walaupun aku tengah beremosi….last2 wife ustaz itu call kat mak saudara aku, cakap aku tertinggal di kedai internet…. time tu aku mcam dapat agak dah yang aku tertinggal..tapi aku tak pasti perasaan aku tu betul ataupun tak… Tp aku pi cara kat kedai tu jugak, nak pastikan..last-last kedai tu tutup…then sewaktu aku otw dengan Ma..pi pasar…aku singgah kat kedai internet tu balik bila tengok kedai tu bukak …sekali dia cakap “ada kak, pendrive akak ada kat sini” adoooiiii!!!!! Sadis betul aku, aku dah lah jadi tak tentu hala. Pendrive hilang, resume takda lagi, study belum lagi, rungsing kat interview lagi…. Geram betul aku…Kecuaian aku jugak…tpi budak tu pun satu…dah tahu aku tertinggal, panggil la aku, sebab selepas habis kerja aku kelmarin, aku dok kat luar kedai dia lama jugak…tak kan takleh nak serahkan pada aku!!..sampai kat kedai dia..ada jugak aku tinggikan suara…haa…kan tak pasal-pasal…
Ehem…penceritaan ringkasan saja..tpi hakikat sebenar hanya Allah saja yang tahu…bagai nak g***aku dibuatnya….next time aku kena beringat..kena ada backup…semua pakat dok rungsing dengan aku tadi..mana tidaknya actually aku kena hadiri interview utk jawatan kerajaan…
To be countinue for
the next stories….. J))

