Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.
Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
ohh inilah puncanya...patut la doktor cakap mcm tu kat saya semalam....dan kadang kadang gastrik boleh jugak berpunca daripada tekanan...yes...i stress,, saya mengaku depan doktor semalam...
sakit ini datang menjadi jadi selepas maghrib semalam ...berlarutan sampai pagi...tidur kalau jaga jer...terus sakit...dan semalam gak lebih kurang jam 10 mlm terus pi Klinik Keluarga...kena suntuk...last2 kena caj RM 55.00.....mahal xpe..janji saya dh ok...walaupun sakit itu datang jugak selang 5 minit...dok kat ofis pun beringat...
sekarang bila dah jadi mcm nie...xmau lagi makan tak teratur atau tak makan langsung...pastu xmau makan pedas...even saya nie hantu pada masakan pedas.....