Sunday, November 4, 2012
Hati .. bertabahlah kau wahai hati.
Ingat, hati yang sabar itu disukai oleh Allah
swt.
Ingat, kesabaran itu sebahagian daripada
Iman.
Ingat, janji Allah swt itu pasti. Manakala
manusia pula sentiasa memungkiri janji. kan?
Entahlah.. sejak akhir-akhir ini jiwa aku berada
dalam kekacauan.
Fikiran terasa kosong. Tapi banyak
berfikir.
Aku cuba list down kan sebab-sebabnya.
Pergi kerja tak happy.
Balik kerja tak happy juga.
Memalam.. duduk seorang diri. Fikir. Apa yang
sebenarnya?
Hati aku sedih. Tapi pada apa atau pada
siapa??
Entah! Tak tahu!
Tapi yang pasti, mengingati keluarga dapat
membuat aku sedih.
Mengingati mak di kampung membuat aku
mengalirkan air mata.
Seperti ada rindu yang tidak kesampaian.
Ada garis-garis ketidakgembiraan diwajahnya.
Sudah tua wajah itu. Sudah lemah tubuh badan itu.
Mengingati kekasih yang jauh dari pandangan mata
juga menyentap jiwa-jiwa sedihku.
Amat memerlukan dia sebagai pemberi keceriaan
kepadaku.
Namun, hampa!
Ujian itu ada. Disana. Disini. dan dimana-mana
sahaja.
Kuatkah aku untuk bertahan?
Mampukah aku meneruskan?
Kata hati, berserah kepada NYA.
Setiap yang berlaku di bawah rancanganNYA.
Maka, jadilah aku di kalangan yang tidak
memberontak.
Jadilah aku di kalangan yang mendekatkan diri
kepadaNYA ketika susah mahupun senang.
Dugaan .. Bukan hidup jika tanpanya.
Redha. kadangkala pasrah.
Itulah kehidupan.
Sujud. Mengadu padanya lebih
menenangkan.
Semoga yang terbaik adalah sentiasa
untukku.
Semoga kau tabahkan hati dan tenangkan
fikiranku.
Semoga kau memurahkan rezekiku dan
keluargaku.
Mohon kau panjangkan umur mak ku.
Umurku.
Ingin ku beri kegembiraan ke dalam hidupnya.
Ingin ku beri kegembiraan ke dalam hidupnya.
Semoga kau memperkenankan doa hambamu ini.
ameen ~