Tuesday, April 17, 2012

..:: geram ::..


Assamualaikum…ok! Saya nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati…

Utk permulaan nak cerita la dulu pasal ibu saya nie…ok..ibu saya merupakan seorang ibu tunggal ya…berpisah pada thn 2002 ketika itu umur saya 13thn (tingkatan 1)…berpisah kerana abah saya masih tergila-gila pada janda yang saya kira janda taraf antarabangsa la….antarabangsa la sangat kalau dah berbelas-belas lelaki....janda yang bukan banyak harta jauh sekali  kaya “didikan agama”….

Ok! Bermula saat itu…ibu la yang banyak berkorban untuk saya sehingga saya berjaya dalam pelajaran dan dpt buktikan pada abah saya…ketiadaan dia pun ibu mampu memberikan saya didikan agama, didikan pelajaran yang mencukupi…..alhamdulillah! bayanglah dgn kudrat pada seorang wanita yang bergelar ibu tunggal mcm ne…itupun nasib baik ada kedai kopi yang diusahakan ibu saya…berniaga nasi dan minuman di waktu petang boleh la nak hidup kami dua beranak…dan nasib baik jugak adik beradik ibu saya  (bapa2 saudara dan ibu2 saudara) banyak membantu kami…hulurkan jugak wang bila tiba musim raya…mereka sedekah utk kami…saya pulak diberikan duit raya….

Hendak dijadikan kisah..tahun 2007…umur saya 18thn…selepas SPM…saya dapat tawaran sambung pengajian di politeknik…nasib baik jugak ibu saya ada simpanan dlm ASB dan seluruh perbelanjaan pengajian dari saya ditanggung jugak oleh bapa saudara saya….dan berbalik kisahnya…sebulan selepas saya di perlis…ibu saya di “offer” utk jadi tukang masak orang banduan lokap polis…hanya bergaji RM 400 sebulan…bolehla ibu saya nak teruskan hidup dia…walaupun kdg2 tidak mencukupi…serius saya ckp….saya tidak mewah seperti orang lain…bersederhana sangat. Bayangkan sepanjang tempoh saya dok mengaji saya hanya harapkan 100% bantuan KPTM (untuk peringkat Sijil dan PTPTN utk Diploma) ibu saya tidak bagi pun duit pada saya…bukan tidak bagi langsung…tapi saya merasa la jugak bila saya balik cuti semester je…! Dpt dalam RM 200 je….sedih sangat…sebab saya sedih kalau orang lain tentu lbh pada nie dapat…ya la…mak ayah ada…adik beradik lagi…sedangkan saya hanya anak tunggal ok ! nak buat mcm ne dah itu Tuhan aturkan dalam hidup saya….

Dari tahun ke tahun masuk thn nie 2012 sudah 5 tahun ibu saya dok jadi tukang masak banduan lokap polis…sepanjang menjadi tukang masak…ibu saya tidak pernah hidup senang seperti orang lain…kerja sebagai tukang masak bertugas sepanjang masa, 3 kali sehari…jam 4-5 pagi sudah bangun dari tidur…itu tidak kira lagi bulan puasa…dekat sahur baru nak lelapkan mata! Cuti… jauh sekali nak dapat…ada ada saja alasan yang diberikan oleh majikan dia kalau nak mintak cuti hatta cuti konvokesyen saya pun !… itu lah yang buat saya mahupun ibu saya panas hati sangat….

Pendekan cerita 2 hari lepas…

15/4/2012 – di kala senja…dtg la dia Big Bos my mum…datang seolah olah merayu nak minta tlg sangat jgn cuti! Walaupun kami dh bagitau awal awal tentang kami nak turun ke JB…utk konvokesyen saya…tak ke angin satu badan…! BOS nie..memang melampau sangat…bila dia susah dia datang cari ibu saya…tapi bila dia senang jumpa selisih kat mana mana pun  takada nya nak senyum @ nak tegur kami nie yang jadi kuli dia nie ! saya tahu Tuhan sedang menguji kami dan Dia juga sedang menguji BOS itu…mana tidaknya….pada kami Dia bagi susah dahulu…pada BOS tu kaya dulu. Dengan mcm mcm tender dia dapat beribu ribu untung sampai boleh pergi buat umrah lagi…tapi sekaya kaya dia masih lagi ada hutang dengan orang lain…nie…mengikut cerita dari orang yang BOS nie berhutang….lepas tu…Tuhan pun uji lagi mereka sekeluarga dengan anak lelakinya meninggal kerana dadah…tpi dok ckp kat orang sakit bengkak hati…dah tu pulak anak bongsu dia sekarang pun dh ikut jejak langkah abgnya..megah dgn pil kudanya… kesimpulannya…demi Allah saya teramat amat geram sangat dengan mereka…sudah lah kedekut gaji ibu saya tidak pernah nak dinaikan sedangkan sudah berapa tahun dia dok mkn gaji dgn depa nie !

Ermmm,,kalau nak luahkan memangla banyak sangat…tapi sekarang nie saya tidak mahu lagi nak meluahkan ..saya kena berhati hati dengan luahan ini bimbang nati ada pulak yang terasa hati….apapun itulah lumrah kehidupan kita sebagai manusia….penuh dengan dugaan…dan menjadi rahsia Allah…harapan saya moga moga cepat la saya dapat tawaran kerja yang lebih elok lagi dari sekarang…dpt menjamin kehidupan kami berdua….semoga ada sinar yang akan menyinari hidup kami agar tidak terus tindas, dihina, di pandang rendah dan seumpama dgn nya….

“ ya Allah ya Tuhan ku….hambamu ini bermohon agar Engkau tamatkanlah penderitaan kami ini…dengarkanlah rintihan kami ini yang lemah lagi Daif….limpahkanlah rezeki kpd kami…agar kami dapat meneruskan ibadah kami menuju jalanMu…ya Allah…berikanlah kpd kami segala nikmat kurniaan Mu seperti Kamu kurnia kepada hambaMu yang lain…izinkanlah kami merasai kesenangan hidup seperti insan yang lain….ya Allah makbulkanlah doa hambamu ini…perkenankanlah doa kami nie…amin ya rabbal a’lamin”….