Monday, July 29, 2013

ingatkan dah keluar result...

salam..n salam ramadhan...
kebetulan puasa  nie aku demam teruk...sekarang nie pun masih berdeyut2 lagi kepala aku...
ingat dah result SPA hari ini... keluar gagahkan diri jugak utk bangun...

tp rupanya pi website SPA..kesulitan amatlah dikesali...1 Ogos 2013.. (Khamis) baru tahu result !

k! aku sudah penat..demam tak kebas2 lagi..bye...
Sunday, June 30, 2013

We're TheChampion...Gomo Klate Gomo

tu dia semalam dh penentuannya.. walaupun pemain klate byk disakiti oleh Harimau Selatan...namun The Red Warrios tetap mengekalkan kejuaraannya!!!

Kancil kecik2 pun otok gelogo...Harimau ngaoun sajo! The Red Warrios tetap hebat...sek2 klate kito...


TAHNIAH THE RED WARRIOS 
-KELANTAN-
Monday, May 20, 2013


No. Kad Pengenalan


:  891123-XX-XXXX
Nama Penuh
:  NOOR SYAHIDA BINTI ARIS
Pengerusi Lembaga Temu Duga
:  60  PENGERUSI DARI KEMENTERIAN / JABATAN

Tarikh/Masa
Kod
Jawatan
Tempat Temu Duga
03/6/2013
12:00 TENGAH HARI
2200
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
PUSAT TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN
LOT 1211, TINGKAT G & 1, JALAN PENGKALAN CHEPA,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
Tuesday, May 7, 2013
haii...

k! 5 Mei 2013 - merupakan tahun pertama saya mengundi...opkos la excited giler..., pertama kali katakan. tempat mengundi saya adalah Sek. Meng. Agama Tengku Amalin A'ishah Putri, bagi Dun Chempaka then Parlimen Pengkalan Chepa....

hampir kesemua family saya mengundi di tempat yang sama...Saluran 2 pulak tu...
Malam nak dengar result tu..saya begitu teruja sampai tertidur...malas nak tunggu sampai jam 2pagi!!!

so majoriti dah tau kan sape yang menang kat Kelantan nie...tak perlu cakap la...

Ehmm itu jelah kot entry kali niii...

p/s : keluarga saya tetap pencinta "itu" sekalipun dimenangi "itu"... faham tak???
Thursday, April 25, 2013




16/4/2013 (Selasa) – tarikh yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Pada tarikh ini aku diduga. Hanya allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu..Perjalanannya begini…
Hari ini merupakan hari last aku kena buat persiapan untuk menghadiri temuduga pada hari rabu 17/4/2013..k!sewaktu selesai kerja rumah, pertama kali adalah aku on lappy…sambil tu kemas apa yang patut, atas meja. Kendian aku carilah pendrive yang aku simpan dalam beg khas utk dia dan handset. Last-last cari punya cari tak jumpa…merata tempat cari tak jumpa-jumpa jugak…aku dah berdebar dah kot-kot jatuh dijalan..sebab aku dah bawa merata semalam….

Wa…aku menangis teresak-esak okey…sedih yang amat tahu tak..mana tidaknya data-data …dalam pendrive tu macam-macam yang ada…gambar aku,gambar family, resume, borang kerja dan assignment time study dulu semua dok dalam tu. Habis rumah aku cari benda alah tu..tak jumpa…muka dah sembab, mata bengkak, hidung berhingus… rasa nak pengsan tau… dah la esok dah nak pi interview, mana nak buat dah tak tahu apa,, resume belum print, study point-poit penting pun belum..aku rugi masa disitu… L

Pabila kehabisan idea,, call kat mak saudara aku, dia tak angkat, call kat laki dia pun tak angkat…call kat sepupu aku pun tak angkat, sepupu seorang lagi takda kat rumah dok kat rumah mertua…semata-mata nak pinjam pendrive diaorang dan nak copy format resume….aku menangis tak terhenti tau…memikirkan tentang pendrive yang satu itu…. Dan secara kebetulan family aku ada kenal orang yang boleh pantau kes macam gini..aku call kat dia…tapi sayang…dia tak boleh bagitahu dengan segera..kena tunggu jam 1.00 tenghri..sebab aku call tu dia tengah kerja….kecewa lagi disitu…hati risau, fikiran dah kusut…sampai sakit kepala aku dibuatnya….

Bila sudah reda, aku ajak Ma..pi pasar dah dia cakap nak pi beli lauk…aku turut jugak walaupun aku tengah beremosi….last2 wife ustaz itu call kat mak  saudara aku, cakap aku tertinggal di kedai internet…. time tu aku mcam dapat agak dah yang aku tertinggal..tapi aku tak pasti perasaan aku tu betul ataupun tak… Tp aku pi cara kat kedai tu jugak, nak pastikan..last-last kedai tu tutup…then sewaktu aku otw dengan Ma..pi pasar…aku singgah kat kedai internet tu balik bila tengok kedai tu bukak …sekali dia cakap “ada kak, pendrive akak ada kat sini” adoooiiii!!!!!  Sadis betul aku, aku dah lah jadi tak tentu hala. Pendrive hilang, resume takda lagi, study belum lagi, rungsing kat interview lagi…. Geram betul aku…Kecuaian aku jugak…tpi budak tu pun satu…dah tahu aku tertinggal, panggil la aku, sebab selepas habis kerja aku kelmarin, aku dok kat luar kedai dia lama jugak…tak kan takleh nak serahkan pada aku!!..sampai kat kedai dia..ada jugak aku tinggikan suara…haa…kan tak pasal-pasal…

Ehem…penceritaan ringkasan saja..tpi hakikat sebenar hanya Allah saja yang tahu…bagai nak g***aku dibuatnya….next time aku kena beringat..kena ada backup…semua pakat dok rungsing dengan aku tadi..mana tidaknya actually aku kena hadiri interview utk jawatan kerajaan… 

To be countinue for the next stories….. J))

Open Interview Stories

 

17/4/2013 (Rabu) – penceritaan nya begini…
Pi  stadium KB..sebab nak join open interview, awal pagi lagi dah bangun nak prepare kan diri, kononnya orang cakap kerja kerajaan…kemain lagi stand by…bi dah siap semua tunggu nak bertolak jer, macam-macam ayat surah aku baca supaya  nk hilangkan rasa gementar….sampai jerk at perkarangan stadium aku macam tak tau nak buat apa, sebab awal lagi….last2 aku masuk tempat pameran IPT…pameran utk bebudak sekolah sebenarnya…erm patutlah…….last2 aku Tanya kat pegawai mara bertugas, rupanya aku tersilap masuk booth…bila keluar tu baru aku ternampak banner jawatan kosong…..

So, bila masuk jer dalam booth , sudah ada kat board iklankan jawatan…cari punya cari..tengok punya tengok, fikir punya fikir, adoiii tak sesuai semuanya. Aku rasa mahu pengsang jer bila dapat tahu list jawatan kosong…wa…!!semuanya sesuai bagi orang lelaki…tp orang perempuan pun boleh just majikan semua nak lulusan IT, Makenikal, Elektrik & Elektronik…dan lain2 tp tak bersesuaian dengan kelulusan aku…dan yang paling haru pulak ada yang nak jawatan  yang tak munasabah…boleh dikatakan semua sector swasta…dan memang pameran temuduga yang tak munasabah!!!!

Erm…memang aku betul2 terkilan sangat…see…… yang paling aku dan Ma aku tergelak besar  ialah part offer kerja sebagai penyembelih ayam!!! Bayangla weiii…ermm dari agensi mana aku takleh cakap la…aku dok dalam booth tu tak la lama sangat dlam satu jer kot…malas aku nak dok lelama dalam tu… hati aku terguris betul la weiii… orang2 muda macam aku menantikan kerja yang lebih baik namun tak ada rezeki lagi….

p/s : ini pengalaman buat aku, pengalaman pertama…akanku jadikan kenangan, iktibar dalam hidup..namun inilah  dugaan. Beruntunglah bagi orang2 muda mcm aku yang sudah makan gaji kerajaan, n swasta pun kalu pihak management ok , gaji ok pun beruntung jugak. Tak macam aku dulu……


Monday, April 15, 2013


semoga rezeki saya dipermudahkan...dan berjaya...
hati berdebar-debar...
hati berdolak-dalih...
hati berbelah bagi....
Allah...bantu hambaMu ini...amiin...

perjalananku begitu perit...masuk dialam remaja sehinggalah menuju alam dewasa....
dugaan tetap ada...jerit, perit kehidupan dilalui...dan sesekali terdetik dihati utk mempersoalkan mengapa semua ini dan itu terjadi...
mengapa tidak begini dan begitu....

p/s : mengharapkan "SUCCESS" itu menjadi milikku...